Friday, April 27, 2012

Aril oh Aril

forgot to mention,.. semalam while I was cleaning Syasya's room, Aril mengamuk and baling reket tepat ke mukaku.. berdarah upper lip.. luka about 1cm long..adoi anakku..

ops he did it again

Guess what Syazeril just did.. he pushed buai baby sampai jatuh. Alhamdulillah Allah maha kaya, baby landed right in the middle of big red pillow, which result in no pain at all. I was at the kitchen when I heard a drop sound. I then rushed to the pink room, seeing the buai fell on the floor and baby in it. Luckily she was fine, no crying, nothing..

This is the second attemp he did this to baby. Last week he covered baby's face with bantal!! just to make her quiet from crying.

Ya Allah, kau lindungilah anak-anakku ya Allah

Aminnn...

Thursday, April 26, 2012

Nazar

I've made a nazar after Subuh prayer today.. "Korban sebahagian lembu sekiranya naik pangkat tahun ini".. Seeing Shahir and Shanker, I feel like I'm also deserving the same post.

Semoga Allah perluaskan rezekiku tahun ini. Amin

Wednesday, April 25, 2012

No it's not the last day..

No it's not the last day of cuti.. Lia sms saying that fee for syasya and aril is as usual RM380 eventho we only sent them for less than half month. For baby it's gonna be RM20/day.. so 6 days left giving RM120. So I've decided why not take leave until end of the month since my leave balance is 35.5 days left!! With that I can still be with my baby girl much longer..

Saturday, April 21, 2012

Last day of cuti?

21-4-2012 It's almost my last day of cuti.. BUT,, just got sms from Lia Taska saying that yuran for syasya and syazeril is as usual, that is RM380 eventho only sent them for less than half month. For baby, the charges will be RM20/day. which means a total of RM120 for April!!

I decided to take leave for another week plus a day.. my leave balance is 35.5 days.. I hope it should be good. Wish me luck..

And owh,, forgot to mention, I went for Syaza's 2 month immunisaton and check up with Dr Florence at Columbia Asia Hosp yesterday (20-4-2012). Not to mention, I went all alone, just 2 of us.. Abah got meeting on Friday morning and ask to adjust the appointment in the afternoon after Friday prayer.. Sorry jose, Dr only half day today. I'm so used to be an independent mother. I hope he wont take a chance for my 'independency'.. which I think he already did :( May Allah give me strength for my children. Also to mention, it is my first time driving since birth. The check up went well. She was given DTP Polio and I agree for the optional Rotavirus injection (Rotarix). All cost RM299.20.. All on me. I hope he can claim on my behalf. And kalau duit claim dah masuk tu bagi la kat sini. Jangan guna pulak macam dulu-dulu. So unfair.

After the check up, we went to IOI., bought important stuff and have some cuci mata.. Alhamdulillah.. she was a very good girl, did not cry in the carseat and stroller..

At night we went to Paklang & OTK. Buy some groceries, pampers etc.. All on me! So yesterday I spent..RM299 for baby check up, RM388 at OTK, RM30+ at Paklang, RM200+ at Jusco.. totalling of almost or over RM 1k!!! gosh that's crazy..

Check out

Monday, April 16, 2012

Back to KL

Day 53 : 14-1-12 All of us went back to KL.. huuu.. back to normal stressfull days..
but with new bundle of joy.. we are now 5! Thank you ALLAH!

16-4-12.. kakak mula skool balik kat Aulad. Adik pulak hantar ke Taska.. harap tiada apa2 drama :)
Baby stays with mama at home.. she is a very good baby.. tido while mama and cleaner Yatie and Ina cleaning the house..

Wednesday, April 11, 2012

Geram

Kegeramanku sampai ke taham yang hampir kemuncak hari ni.. Setelah beberapa lama tinggal baby Syaza dalam baby cot di bilik, aku masuk untuk check. Terkejut tengok Firdaus dok dalam baby cot sambil buat baby. Ada kotak wet wipes and mainan boxing dalam cot. Baby nangis mengesak yang amat2 kuat. muka merah dan air mata meleleh sangat banyak. Must be hurt for her.. I took her, cuddle and I call feel her shiver. Menggigil.. Trying to comfort her.. it took a while until she really calms down.

Pengajaran, kalau dah tau anak buas.. get help. Jangan berkira sangat duit. Konon buang duit hire bibik. Habis nak jadi sampai macam mana? sampai menysuahkan orang lain. Sampai tercedera anak sendiri? or lebih teruk lagi mencederakan anak orang.. Nauzibillah..

Ya Allah berikan aku kesabaran... Aminn

Tuesday, April 10, 2012

Musibah

7-4-2012 Kami semua dikejutkan dengan berita sedih. Pejabat Bfun IR Technic dimasuki pencuri. Kerugian dianggarkan 300k!!! what a lost. reaaly hope bfun will stay strong.. Ya Allah, kau lindungilah keluargaku. Amin...

HADAPI MUSIBAH DENGAN MUHASABAH





Adab-adab menghadapi musibah

1. Bersabar dan redha.

Allah s.w.t berfirman:

"...Dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh) Allah." (Surah Luqman: 17)

Jika masih sukar juga hendak bersabar, maka jalan terbaik ialah menyedari bahawa penyesalan atau mengeluh akan takdir Allah tidak membawa apa-apa manfaat pun, malah boleh mengundang kemurkaan Allah. Lebih baik jika kita bersabar dan merancang tindakan seterusnya daripada memikirkan nasib atau berkeluh-kesah. Inilah rumusan saya berdasarkan petikan nasihat Syeikh Abdul Aziz bin Fathi As-Sayyid Nada tentang konsep sabar menghadapi musibah.

2. Mengucapkan lafaz istirjaa' dan membaca doa musibah.

Lafaz istirjaa' iaitu "Innalillahi wainna ilaihi rajiun" ada diajar di dalam Al-Quran, ayat tersebut bermaksud:

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan kelaparan, kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. [Innalillahi wainna ilaihi raajiun]". (Surah Al-Baqarah: 155-156)

Antara kesilapan masyarakat kita hari ini ialah menganggap ucapan ini hanyalah untuk kematian sahaja. Sebenarnya tidak begitu, berdasarkan ayat di atas jelaslah bahawa lafaz istirjaa' ini patut disebut setiap kali ditimpa kesusahan.

Selain itu kita juga dianjurkan untuk mengamalkan doa sunnah ketika menghadapi musibah.

Doa ini berdasarkan hadith sahih diriwayatkan oleh Imam Muslim. Doanya mudah saja, setelah membaca lafaz istirjaa', sebutkan "Allahumma ajurni fi musiibati, wa akhlif li khairan minha" yang bermaksud "Ya Allah berilah aku pahala dari musibahku ini dan gantilah dengan sesuatu yang lebih baik daripadanya". Rasulullah memberitahu lagi, dengan mengamalkan lafaz istirjaa' kemudian diikuti doa ini, Allah pasti akan memberinya pahala atas musibah tersebut dan menggantinya dengan sesuatu yang lebih baik daripadanya. MasyaAllah.

3. Berusaha untuk mengatasi kelemahan dan memperbaiki kesilapan.

Setiap yang berlaku pasti ada sebab di sebaliknya. Seperti yang disebutkan dalam artikel sebelum ini, jika musibah menimpa kerana kesalahan diri sendiri yang disengajakan, maka apa yang berlaku adalah disebabkan diri sendirilah. Jika kita mahu Allah s.w.t mengubah nasib kita, maka kita sendiri harus memulakan langkah perubahannya. Hal ini jelas sepertimana dalam firman Allah s.w.t:

"..Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.." (Surah Ar-Ra'd : 11)

Sebab itu, berusahalah untuk meningkatkan prestasi diri senantiasa. Jangan putus asa, sebab berdasarkan ayat Al-Quran dalam artikel sebelumnya sudah dijelaskan bahawa sifat putus asa adalah sikap orang-orang kafir. Mudah-mudahan Allah akan memberikan kemudahan dan kejayaan. Amin.

4. Melihat orang yang di bawah, bukan di atas.

Antara ciri minda muslim yang sejati ialah apabila menilai konteks nikmat duniawi, dia sentiasa melihat orang-orang yang dibawahnya, bukannya orang di atas. Apabila ditimpa musibah, dia berkata "Alhamdulillah, sekurang-kurangnya bencana yang menimpa aku tidaklah seteruk orang itu" atau kata-kata seperti ini. Berfikir sebegini mengurangkan rasa ingin berkeluh-kesah bahkan boleh membantu menyemai benih sikap redha dan qanaah.

Itu dalam konteks urusan dunia.

Tapi dalam konteks akhirat pula, baik dalam keilmuan mahupun amal soleh, dia akan sentiasa melihat siapa yang di atasnya dan bersungguh-sungguh untuk menandingi mereka demi mencari redha Allah.

5. Menenangkan hati dengan mengingati Allah.

Segala musibah yang melanda adalah ketentuan Allah. Apabila hati kita sentiasa sedar akan hakikat ini, pasti tiada kegelisahan akan menimpa apabila ditimpa ujian musibah. Apabila hati sentiasa ingat akan Allah, hati akan menjadi tenang:

"..Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia." (Surah Ar-Ra'd: 28)

Cuba retrospeksi diri anda, apakah hati anda sentiasa tenang dan tenteram apabila ditimpa kesusahan? Ataupun sentiasa rasa gelisah? Jika anda jenis tidak berasa tenang hati, banyakkan lagi mengingati Allah. Lupakan kerisauan atau ketakutan kepada manusia, takutlah kepada Allah semata. Tingkatkan usaha dan berdoalah kepadanya, kemudian kepadaNya kita bertawakkal.

Kesimpulan

Daripada penulisan artikel ini, saya berharap kita semua dapat beroleh gambaran yang jelas tentang konsep musibah dalam Islam serta peranan kita ketika menghadapinya. Sebenarnya isu musibah menurut Islam ini memerlukan satu perbahasan yang lebih luas, tapi saya kira setakat inilah kemampuan saya pada ilmu dan kesempatan yang ada.

Saya pohon ampun kepada Allah atas segala kesilapan. Saya turut memohon hidayah dan taufiq daripada Allah s.w.t untuk kita semua. Mudah-mudahan kita semua sentiasa istiqamah menghadapi mehnah dan cabaran kehidupan ini, baik kecil mahupun besar.

Monday, April 2, 2012

Merdeka

Hari ini hari ke-41.. Full of 'rituals' to end the 'tempoh berpantang'

Bangun pagi dimulakan dengan meminum air teresak dan mandi bunga. Made of rebusan daun pandan, buah asam limau purut & 7 bunga harum. Kemudian ditutup dengan menggosok badan dengan air beluru.

Lepas tu disusuli dengan mengurut (only) dan disudahi dengan ritual 'pelepas'.

See the detail under Syaza's page..